Tip-Tip penjagaan Aircond

  • Pastikan filter dan blower sentiasa bersih
  • Sentiasa memeriksa coil di “indoor”(unit yang berada di dalam rumah) dan “outdoor”(Compressor di luar rumah) sentisa bersih. jikalau kelihatan kotor segera lah panggil orang untuk memeriksa dan menyelenggaran kan aircond tersebut.
  • Sentiasa memastikan suhu di kawalan jauh aircond tersebut berada diatas 21*C ini kerana hendak menjaga “compressor ” dari sentiasa berkerja di luar kemampuan Aircond tersebut.
  • Pastikan Menyelengara Aircond sekurang-kurang nya 6 Bulan sekali supaya mengelakan dari kerosakan pada unit “indoor” dan “Outdoor”.

Apabila tidak memeriksa dan menyelengara aircond

  • Apabila filter dan Coil di Indoor tidak dijaga ruang udara di coil akan menjadikan sempit untuk “Blower” motor menarik udara sejuk keluar dan jugakan akan mengakibatkan motor tersebut akan mengurangkan  kelajuan sedikit demi sedikit sehingga ia akan merosakkan motor dan sistem elektronic pada pc board “indoor” tersebut dan ia jugakan akan memberi kesan pada “outdoor” unit tersebut.
  • Apabila Coil “Outdoor” Kotor ia juga akan menyempitkan ruang coil dari udara panas untuk disedut oleh blower keluar dari unit Outdoor itu. Apabila suhu yang panas tidak dapat dikeluarkan compressor akan cepat menjadi panas dan “Amp” akan menjadi lebih tinggi dari standart dikeluarkan  dari kilang. ia akan mengakibatkan kerosakan pada Unit “Compressor” tersebut , Capasitor dan juga akan meningkatkan penggunaan Tenaga Elektrik.
  • Apabila semua diatas belaku ia juga boleh mengakibat kan kebocoran pada paip “Copper” ia boleh mengakibatkan gas bocor dan membuatkan aircond tersebut tidak sejuk.
  • Apabila habuk melekat di coil “indoor” ia akan membuatkan udara yang keluar tidak bersih

Kebaikan penjagaan Aircond dengan baik

  •  Menambahkan hayat pada unit aircond.
  •  Mengurangkan kos pembaikan
  •  Sentiasa sejuk
  •  Mengurangkan Penggunaan Tenaga Elektrik
  •  Udara yang dikeluarkan sentiasa bersih

” MARI LAH KITA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK “